Cantikkan..pelbagai bentuk, berwarna-warni . Apa ni?? Haa..inilah pasta, seperti mee yang biasa kita makan tu tapi ada beza sikit dari segi rasa dan kekenyalannya. Rasanya ramai yang suka makan pasta tapi ada juga yang tak tahu langsung macam mana rasa pasta. Betul tak?
Pasta ni berasal dari Itali. Jadi, cara masakannya pun Italian style juga la. Tak semua orang suka sebab kalau diikutkan original resipi pasta, bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan pasta ni tak ada cili langsung. Lidah orang Melayu la katakan....kalau makan tu tak ada sambal belacan tak sah akad makan. Tambahan pula, resipi pasta ni kebanyakannya menggunakan cheese yang juga tak semua orang suka. Samalah macam kitorang. Ada lagi, kalau pergi kat mana-mana kedai pernah tak jumpa pasta yang murah? Confirm tak ada. Yang mahal banyak, tapi kalau mahal sedap tak apalah juga, kalau tak sedap memang nak kena la.
Jadi, disebabkan kitorang suka makan pasta dan nak puas hati lidah dan perut yang menjamah makanan kegemaran kitorang tu, tercetus la kerajinan untuk masak sendiri. Dah berkali-kali memasak akhirnya jadi expert. Kata orang, alah bisa tegal biasa.
Syok juga masak ni..boleh letak apa yang kita suka sesuka hati. Boleh custom sendiri. Dari yang berkuah, goreng dan bakar. Habis semua kitorang dah cuba. Sampai kuah laksam pun jadi kuah pasta. Memang best lagi-lagi masa makan tu, macam menyanyi lalalalala. Tu la pasal jadi pastalala.
Next entry kitorg share gambar ye. Pasti air liur korang meleleh tengok pastalala kitorang.. :-)
No comments:
Post a Comment